
|
sweet owner Bigfoots! Credits!
| Kerusi Raja Syeik Assalamualaikum .. Fuhh fuhh ... bersawang .. Hehe :D Ok , Farah sekarang dah jarang kan bukan blog ? Even malas nak menaip . Hari ini nak cerita serba sedikit lah pasal SIRAH NABI .. Boleh ?? Mohon awak awak boleh baca .. ....... Kawan-kawanku ! Ketika Nabi Muhammad (s.a.w.) masih di desa Hlimah , ada satu cerita yang menarik . Negeri Yaman(Habsyi) waktu itu diperintah oleh Raja Syeik . Raja ini menggantikan kedudukan Abrahah yang gagal menyerang Mekah, pada tahun Gajah. Raja Syeik melakukan pemberontakkan terhadap Habsyi. Syeik menang dan menjadi raja. Jadi sejak itu di Yaman sudah ada perubahan sikap.Tidak memusuhi lagi negeri-negeri jirannya , juga Mekah.Mendengar ini , Abdul Mutalib segera datang ke Habsyi .Dia menghadap sang raja. Abdul Mutalib diterima dengan penuh persahabatan .Abdul Mutalib mahu mengucapkan selamat kepada Syeik ini. Melihat kedatangan Abdul Mutalib , Raja Syeik mempersilakan tamunya duduk di atas kerusinya. Abdul Mutalib hairan. Abdul Mutalib ragu-ragu. Ia telah didudukkan di atas singgahsana raja, kerusi raja. Abdul Mutalib bertanya kepada raja : "Tuan, ini kerusi raja , mengapa saya harus duduk di sini?" Sambil tersenyum hormat, Raja Syeik menjawab: "Tidak, tidak, saya tidak lama. Saya melihat di hadapan tuan , saya melihat dimata tuan , didalam keturunan tuan, bakal lahir seorang raja besar. Jauh lebih besar daripada diri saya . Ia besar. Saya ini bukan apa-apanya lagi . Dia bakal datang ke dunia ini." Jadi sejak saat itu raja Habsyi sudah melihat apa yang bakal datang. Dan itulah Nabi Muhammad(s.a.w.) yang dimaksudkan. Kelak pengaruh Nabi Muhammad (s.a.w.) bukan hanya di sekitar Mekah , Madinah dan Yaman saja, melainkan ke seluruh bumi . Ke hujung-hujung ceruk rantau bumi. Ok , itu setakat untuk mengongsi .. :) But the way , terima kasih membaca cerita ini walaupun panjang . Setakat ibu je . Kbye ! Assalamualaikum :) p/s : Cerita dari rujukan : HAMKA Bercerita Sirah Nabi Muhammad (s.a.w.) |